PEMASANGAN
PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN
Sistem ini adalah sistem pembuangan
air sisa dan najis dari lekapan-lekapan sanitari ke tangki
septik atau ke loji rawatan
kumbahan.
Sistem ini terdiri daripada :
Rangkaian perpaipan
Perangkap
Kebuk pemeriksaan atau lurang
Rawatan kumbahan
Kaedah
saliran atau perpaipan :
Terdapat dua kaedah saliran yang
digunakan:
a) saliran atas permukaan tanah (above ground drainage)
b) saliran bawah permukaan tanah (underground drainage)
SISTEM
SALIRAN ATAS PERMUKAAN TANAH
Terdapat tiga jenis paip yang
digunakan dalam sistem saliran atas tanah iaitu:
- paip
air sisa (waste pipes)
- paip
najis (soil pipes)
- paip bolong atau paip anti-sifon (ventilation pipes)
1. Paip air sisa
untuk menyalurkan air sisa dari lekapan air sisa di dalam
bangunan atau rumah ke sistem paip
saliran bawah tanah.
2. Paip najis
untuk
menyalurkan kumbahan dari manusia seperti najis dan urinal dari lekapan najis
ke tangki
septik atau ke
loji rawatan kumbahan melalui sistem paip saliran bawah tanah.
3. Paip bolong@paip anti sifon
untuk
mengedarkan udara di dalam sistem saliran serta mencegah dari berlakunya
pensifonan.
Paip ini di
hubungkan kepada paip air sisa dan paip najis tetapi ia tidak menyalurkan air
sisa dan
najis.
SALIRAN
BAWAH TANAH
Paip-paip untuk saliran bawah tanah
berfungsi untuk menyalurkan air sisa dan najis dari paip air
sisa dan paip najis di dalam
bangunan atau rumah ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.
SISTEM SALIRAN ATAU PERPAIPAN
ATAS PERMUKAAN TANAH
Terdapat tiga jenis sistem:
v sistem dua
paip (two or dual pipe system)
v sistem
satu paip (one pipe system)
v sistem
paip tumpu tunggal (single stack system)
SISTEM DUA PAIP
Merupakan salah satu kaedah traditional untuk menyalurkan
atau menyalirkan najis dan air
sisa dari lekapan sanitari.
Ia
sesuai digunakan apabila lekapan air sisa terletak jauh dari lekapan najis bagi
memudahkan kadar alirannya.
Dalam system ini, dua paip utama
digunakan:
Paip buangan digunakan untuk membawa
air buangan dari dapur dan bilik air ke longkang
manakala paip najis
membawa najis dari alatan kebersihan ke pembentung.
Kedua-dua paip tumpu tersebut akan
dihubungkan kepada paip saliran di bawah tanah
dengan menggunakan
liku dan cabang.
Air sisa terlebih dahulu akan
disalirkan ke dalam perangkap gegeluk atau gully sebelum
disalirkan ke dalam
paip saliran air sisa bawah tanah.
Kebaikkan system ini adalah ia dapat
mencegah dari berlakunya bau busuk.
Kelemahan system ini adalah kos
pemasangan yang mahal kerana banyak menggunakan paip
serta ia memerlukan
penjagaan yang rapi.
SISTEM SATU PAIP
Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja kerana ia
lebih ekonomi.
Dalam sistem ini, paip bolong atau
paip anti sifon digunakan untuk mencegah kehilangan
kedap air di dalam perangkap yang mungkin berlaku disebabkan
oleh pensifonan, tekanan
membalik dan akibat
dari kesan angin.
Rangkaian paip bolong sekurang-kurangnya bergaris pusat 50mm
di hubungkan dari
perangkap lekapan sanitari kepada paip tumpu bolong yang
bergaris pusat 75mm.
Bahagian bawah paip tumpu bolong di hubungkan kepada paip
tumpu (air sisa dan najis)
untuk membebaskan mana-mana udara termampat yang mungkin ada
di bahagian bawah
paip tumpu najis dan
air sisa.
Paip pencawang air sisa dipasang di bahagian atas lantai, manakala
paip pencawang najis di
pasang di bahagian bawah lantai.
Oleh itu, kedudukan penyambungannya pada paip tumpu adalah
berbeza.
Air sisa dan najis di salirkan ke paip tumpu dan seterusnya
ke paip saliran bawah tanah.
Kebaikkan bagi system ini, ia menjimatkan kos terutama bagi
bangunan tinggi kerana semua
lekapan-lekapan
sanitari adalah berhampiran dengan paip tumpu.
Kelemahan
bagi system ini adalah kerja pemasangannya adalah kompleks.
System ini dikenali sebagai ‘sistem pengudaraan sepenuhnya’
(fully vented), oleh itu ia
memerlukan perangkap pada setiap
lekapan sanitari.
Jika
paip tumpu tersumbat, keseluruhan sistem akan terjejas.
SISTEM PAIP
TUMPU TUNGGAL (SISTEM STAK TUNGGAL)
Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja tetapi ia
berbeza dari system satu paip dari
segi sambungan alatan
kebersihan.
Bagi sistem ini, kesemua alatan kebersihan disambung terus
ke paip utama. Ini bertujuan
untuk mengelakkan dari berlakunya
perubahan tekanan semasa beberapa alatan kebersihan
di gunakan secara serentak.
Bagi mengelakkan dari berlakunya ‘saifan tersendiri’,
penggunaan garis pusat paip yang
sesuai, panjang paip,
kecondongan paip dan sambungan yang betul di ambil kira.
System ini adalah lebih kemas dan menjimatkan.
Paip pengudaraan adalah perlu apabila terdapat alatan
kebersihan yang terletak jauh dari paip
utama dan jika paip
paip utama tidak dapat di letakkan betul-betul menegak.
Dalam system ini, paip bolong atau paip anti sifon tidak
digunakan.
Kebaikan bagi sistem ini adalah kos pemasangannya lebih
ekonomi kerana kerja paipnya
mudah dan tidak memerlukan paip yang banyak.
Manakala kelemahannya, jika terlalu banyak lekapan sanitari
dipasang pada paip tumpu, ia
akan menimbulkan
masalah.
Setiap
lekapan sanitari dipasang dengan paip pencawang, oleh itu, penyambungan paip
pencawang kepada paip tumpu terlalu berdekatan
antara satu sama lain.
Paip bolong di perlukan apabila atau jika lekapan sanitari
berada jauh dari paip tumpu.