Friday, 17 January 2014

PERALATAN BIASA DIGUNAKAN DALAM SISTEM PAIP

Sepana hujung terbuka

  • Kegunaan – untuk membuka kepala pili

Playar gabung

  • kegunaan – untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan memutar nat kecil

Playar muncung tirus (halus)


    • Kegunaan – untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit

Kikir bulat (kikir ekor tikus)

    • kegunaan – untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG

Kikir rata


    • kegunaan – untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG

Pelocok

    • kegunaan – untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki


Gergaji besi

    • Untuk mememotong batang paip BG dan PVC

Pemotong paip beroda

    • Kegunaan – untuk memotong batang paip BG

Pengulir luar
    • Kegunaan – untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang paip BG

Ragum paip yoke

    • Kegunaan – untuk memegang batang paip BG ketika kerja membuat bebenang dan memotong batang paip
Pemotong paip PVC

    • Kegunaan – untuk memotong batang paip pvc dan paip poli

Pelayar cengkam ragum

    • Kegunaan – untuk mencengkam batang paip dengan kukuh


PEMASANGAN PAIP BUANGAN DAN SALURAN NAJIS DALAM BANGUNAN, LURANG DAN LONGKANG PERMUKAAN

Sistem ini adalah sistem pembuangan air sisa dan najis dari lekapan-lekapan sanitari ke tangki
septik atau ke loji rawatan kumbahan.
Sistem ini terdiri daripada :

Rangkaian perpaipan
Perangkap
Kebuk pemeriksaan atau lurang
Rawatan kumbahan

Kaedah saliran atau perpaipan :

Terdapat dua kaedah saliran yang digunakan:

  a) saliran atas permukaan tanah (above ground drainage)
  b) saliran bawah permukaan tanah (underground drainage)

SISTEM SALIRAN ATAS PERMUKAAN TANAH
Terdapat tiga jenis paip yang digunakan dalam sistem saliran atas tanah iaitu:
  • paip air sisa (waste pipes)
  • paip najis (soil pipes)
  • paip bolong atau paip anti-sifon (ventilation pipes)
1.  Paip air sisa
untuk menyalurkan air sisa dari lekapan air sisa di dalam bangunan atau rumah ke sistem paip
saliran bawah tanah.

2.   Paip najis
untuk menyalurkan kumbahan dari manusia seperti najis dan urinal dari lekapan najis ke tangki
septik atau ke loji rawatan kumbahan melalui sistem paip saliran bawah tanah.

3.  Paip bolong@paip anti sifon
untuk mengedarkan udara di dalam sistem saliran serta mencegah dari berlakunya pensifonan.
Paip ini di hubungkan kepada paip air sisa dan paip najis tetapi ia tidak menyalurkan air sisa dan
najis.

SALIRAN BAWAH TANAH
Paip-paip untuk saliran bawah tanah berfungsi untuk menyalurkan air sisa dan najis dari paip air
sisa dan paip najis di dalam bangunan atau rumah ke tangki septik atau loji rawatan kumbahan.
SISTEM SALIRAN ATAU PERPAIPAN ATAS PERMUKAAN TANAH
Terdapat tiga jenis sistem:

v sistem dua paip (two or dual pipe system)
v sistem satu paip (one pipe system)
v sistem paip tumpu tunggal (single stack system)

SISTEM DUA PAIP

Merupakan salah satu kaedah traditional untuk menyalurkan atau menyalirkan najis dan air
sisa dari lekapan sanitari.

Ia sesuai digunakan apabila lekapan air sisa terletak jauh dari lekapan najis bagi
 memudahkan kadar alirannya.

 Dalam system ini, dua paip utama digunakan:

 Paip buangan digunakan untuk membawa air buangan dari dapur dan bilik air ke longkang
 manakala paip najis membawa najis dari alatan kebersihan ke pembentung.
 Kedua-dua paip tumpu tersebut akan dihubungkan kepada paip saliran di bawah tanah
 dengan menggunakan liku dan cabang.

 Air sisa terlebih dahulu akan disalirkan ke dalam perangkap gegeluk atau gully sebelum
 disalirkan ke dalam paip saliran air sisa bawah tanah.

 Kebaikkan system ini adalah ia dapat mencegah dari berlakunya bau busuk.

 Kelemahan system ini adalah kos pemasangan yang mahal kerana banyak menggunakan paip
 serta ia memerlukan penjagaan yang rapi.



      SISTEM SATU PAIP

Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja kerana ia lebih ekonomi.
 Dalam sistem ini, paip bolong atau paip anti sifon digunakan untuk mencegah kehilangan
kedap air di dalam perangkap yang mungkin berlaku disebabkan oleh pensifonan, tekanan
 membalik dan akibat dari kesan angin.

Rangkaian paip bolong sekurang-kurangnya bergaris pusat 50mm di hubungkan dari
perangkap lekapan sanitari kepada paip tumpu bolong yang bergaris pusat 75mm.
Bahagian bawah paip tumpu bolong di hubungkan kepada paip tumpu (air sisa dan najis)
untuk membebaskan mana-mana udara termampat yang mungkin ada di bahagian bawah
 paip tumpu najis dan air sisa.

Paip pencawang air sisa dipasang di bahagian atas lantai, manakala paip pencawang najis di
pasang di bahagian bawah lantai.

Oleh itu, kedudukan penyambungannya pada paip tumpu adalah berbeza.
Air sisa dan najis di salirkan ke paip tumpu dan seterusnya ke paip saliran bawah tanah.

Kebaikkan bagi system ini, ia menjimatkan kos terutama bagi bangunan tinggi kerana semua
 lekapan-lekapan sanitari adalah berhampiran dengan paip tumpu.

       Kelemahan bagi system ini adalah kerja pemasangannya adalah kompleks.
System ini dikenali sebagai ‘sistem pengudaraan sepenuhnya’ (fully vented), oleh itu ia
      memerlukan perangkap pada setiap lekapan sanitari.

       Jika paip tumpu tersumbat, keseluruhan sistem akan terjejas.




      SISTEM PAIP TUMPU TUNGGAL (SISTEM STAK TUNGGAL)

Sistem ini hanya menggunakan satu paip sahaja tetapi ia berbeza dari system satu paip dari
 segi sambungan alatan kebersihan.

Bagi sistem ini, kesemua alatan kebersihan disambung terus ke paip utama. Ini bertujuan
       untuk mengelakkan dari berlakunya perubahan tekanan semasa beberapa alatan kebersihan
di gunakan secara serentak.

Bagi mengelakkan dari berlakunya ‘saifan tersendiri’, penggunaan garis pusat paip yang
 sesuai, panjang paip, kecondongan paip dan sambungan yang betul di ambil kira.
System ini adalah lebih kemas dan menjimatkan.

Paip pengudaraan adalah perlu apabila terdapat alatan kebersihan yang terletak jauh dari paip
 utama dan jika paip paip utama tidak dapat di letakkan betul-betul menegak.

Dalam system ini, paip bolong atau paip anti sifon tidak digunakan.

Kebaikan bagi sistem ini adalah kos pemasangannya lebih ekonomi kerana kerja paipnya
mudah dan tidak memerlukan paip yang banyak.

Manakala kelemahannya, jika terlalu banyak lekapan sanitari dipasang pada paip tumpu, ia
 akan menimbulkan masalah.

 Setiap lekapan sanitari dipasang dengan paip pencawang, oleh itu, penyambungan paip
 pencawang kepada paip tumpu terlalu berdekatan antara satu sama lain.

Paip bolong di perlukan apabila atau jika lekapan sanitari berada jauh dari paip tumpu.



Tuesday, 14 January 2014

Penyambugan Paip



CONTOH PENYAMBUNGAN PAIP


A = Pili, B = soket sama, C = puting heksagon, D = siku 90, E = paip BG 20,
F = T pengecil, G = paip BG 13 , H = paip BG 20 , I = soket penjodoh, dan J = palam

BAHAN PENYAMBUNG

Pita PTFE

- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis. 
- digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan mengukukuhkan sambungan paip BG


Glu PVC

- adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering
- glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan
- digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC
PILI

                                                  I. Pili berbibir                       II. Pili bertiang
    1. Kegunaan
      - mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip
    1. Jenis
      1. Pili bertiang
        - mempunyai alur masuk menegak
      2. Pili berbibir
        - mempunyai alur masuk melintang
    1. Bahagian
A = Pemulas
B = gandar
C = Nat Penyendal
D = Nat Pili
E = Pelompat
F = Alur keluar
G = Sesendal
H = alur masuk



  1. Penyelenggaraan
    1. Menggantikan pelompat
      • Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik berterusan walaupun pili telah ditutup

    1. Menukar kepala pili
      • Kepala pili perlu digantikan apabila
      •  pili tidak dapat dikunci dengan ketat
      •  air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir


SINKI DAN PERANGKAP SAMPAH
  1. Kegunaan
    • Singki digunakan untuk menadah air semasa tangan dan peralatan
    • Perangkap sampah digunakan untuk menghalang bau busuk masuk ke dalam rumah
  1. Jenis Sinki dan Perangkap
                                i.            Perangkap ‘P’
                              ii.            Perangkap ‘S’
                            iii.            Perangkap botol
                         
                      
                     
                        Membersihkan Perangkap
                         
                         Menggunakan pelocok

Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
                                i.            Membuka dan mencuci bahagian kedap
Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras

Sinki

Mengeluarkan kotoran daripada kedap perangkap sinki
                       

                              I. Perangkap ‘S’                   II. Perangkap ‘P’                       III. Perangkap botol